25.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

472 kawasan di Lembah Klang berdepan gangguan bekalan air

Mesti Baca

KETIKA kebanyakan kawasan di Lembah Klang dilanda banjir, tiga wilayah membabitkan Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat berhadapan dengan gangguan bekalan air tidak berjadual pula.

Menurut Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor), gangguan itu membabitkan 472 kawasan di tiga wilayah tersebut di sebabkan dua loji rawatan air (LRA) terpakda dihenti tugas.

Manakala satu loji beroperasi pada pengeluaran separa berikutan peningkatan paras sungai yang mengakibatkan banjir.

“Bagi LRA Langat 2, berlaku penutupan bekalan elektrik kecemasan di muka sauk Semantan yang mengakibatkan ketiadaan bekalan air di LRA Langat 2.

“Di LRA Sg Langat, peningkatan paras kekeruhan air yang tinggi mengakibatkan LRA hanya mampu mengeluarkan 40% daripada pengeluaran harian manakala LRA Cheras Batu 11 terpaksa dihenti tugas berikutan banjir,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Menurut kenyataan itu lagi, buat masa ini, Air Selangor tidak dapat menjangkakan tempoh untuk LRA Cheras Batu 11, LRA Langat 2 dan LRA Sg Langat kembali beroperasi sepenuhnya.

Mereka juga tidak dapat menggerakkan bantuan bekalan air melalui lori tangki kepada pengguna dan kawasan terjejas kerana banyak jalan utama ditutup akibat banjir.

“Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa,” katanya.

Pengguna boleh merujuk semua saluran komunikasi rasmi di aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

Pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre yang boleh didapati di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan