34.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

3 termasuk seorang kanak-kanak hilang dibawa arus di Bentong

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TIGA termasuk seorang kanak-kanak lelaki hilang dipercayai dibawa arus sungai di sebuah chalet di Bentong, Pahang, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata, semua mereka adalah sebahagian daripada 35 individu yang berada di chalet berkenaan dan terperangkap akibat banjir lumpur pada 11.40 malam tadi.

“Kesemua mereka (yang hilang) adalah warganegara tempatan dengan dua lagi, masing-masing seorang dewasa lelaki dan wanita, namun setakat ini, identiti mereka masih belum dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ismail, mangsa yang selamat termasuk lapan kanak-kanak ditemukan dalam keadaan kesejukan setelah berada di luar chalet kerana tidak berani berada dalam chalet yang dibimbangi tidak selamat.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dijalankan sebaik sahaja dimaklumkan kejadian dan pasukan penyelamat berjaya menjumpai mangsa yang terselamat pada 4.09 pagi sebelum operasi membawa keluar tamat pada 8.30 pagi tadi,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, selepas kiraan mangsa dibuat, tiga mangsa tidak ditemui.

Operasi itu dikendalikan Balai Polis dan Penyelamat (BBP) Genting Highlands yang dibantu BBP Gombak dan Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) Pahang.

Operasi mencari mangsa hilang hari ini yang membabitkan 22 pegawai dan anggota bomba serta tiga anjing pengesan, ditangguhkan pada 6.30 petang tadi ekoran cuaca gelap dan akan bersambung esok.

-EDISI9

Terkini

Stoking kalimah Allah: KK Mart akan dipanggil bantu siasatan

POLIS akan memanggil pihak KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dan beberapa individu lain bagi membantu...

Lagi Artikel Berkaitan