33.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Pasukan tempur PDRM bantu selamatkan mangsa banjir

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PASUKAN Gerakan Am (PGA) yang cukup sinonim sebagai elemen tempur Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi segala bentuk kegiatan-kegiatan subversif hari ini telah turun padang bagi bersama-sama menyelamatkan mangsa banjir.

Dalam hantaran yang dikongsikan Briged Tengah PGA Polis Diraja Malaysia, penugasan memindahkan mangsa-mangsa banjir diteruskan di kawasan Batu 14 Hulu Langat, Selangor oleh 1 Pegawai dan 26 anggota Batalion 4 PGA PDRM Semenyih.

“Diharapkan semua mangsa tabah dan banyak bersabar dengan bencana banjir kali ini.

“Pada malam ini operasi menyelamat dan memindahkan mangsa banjir oleh Batalion 6 PGA Muar akan digerakkan ke Shah Alam,” katanya hari ini.

Hantaran berkenaan juga turut memaparkan perkongsian 10 keping gambar di mana pasukan berkenaan meredah banjir serta mendukung kanak-kanak serta bayi keluar dari rumah yang masih ditenggelami banjir lalu menaiki bot.

Perkongsian hantaran berkenaan mendapat komen positif netizen antara pengguna Facebook dengan akaun bernama Sajali Zali.

“Semoga semua selamat. Di tahun 80- 90 an ketika itu PPH (Pasukan Polis Hutan) lagi platun kami plan 6 ,5 PPH sering memberi bantuan keselamatan banjir terutama sekali di Sungai Serai Langat dan Bt 14 Langat ketika hujan turun luar biasa,” kongsi Sajali.

Bagi Nia Azuani pula meluahkan kesyukuran apabila mangsa banjir terutamanya kanak-kanak berjaya diselamatkan.

“Alhamdulillah… lega bila tengok ada budak-budak yang berjaya diselamatkan. Semoga dipermudahkan segala urusan penyelamat-penyelamat dan mangsa-mangsa banjir,” kongsi Nia Azuani.

Semalam, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan semua kementerian berkaitan menggerakkan semua aset di kawasan terjejas banjir bagi memastikan rakyat diselamatkan serta ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) secepat mungkin.

Perdana Menteri berkata, beliau sudah berhubung dengan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani bagi menggunakan aset pasukan keselamatan terbabit, Angkatan Pertahanan Awam (APM), bomba dan agensi sokongan berkaitan untuk memindahkan mangsa banjir.

-EDISI9

Terkini

Rancang pembangunan saksama di semua negeri – Sultan Ibrahim

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah menzahirkan harapan agar perhatian dan peruntukan yang saksama diberikan kepada semua bandar di...

Lagi Artikel Berkaitan