32.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Flat Sri Johor terbakar, 8 unit rumah musnah

Perdana Menteri umum bantuan RM1,000 bagi setiap keluarga terlibat manakala DBKL akan menyediakan kediaman baharu untuk mangsa

Mesti Baca

SEBANYAK lapan unit rumah di Blok 31, Flat Sri Johor, Cheras, Kuala Lumpur musnah dalam kebakaran yang berlaku malam ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, kebakaran membabitkan unit paling atas satu daripada dua blok bangunan enam tingkat tersebut.

Beliau berkata, kebakaran mudah merebak kerana tidak ada penyekat api antara unit rumah terbabit manakala struktur atasnya pula diperbuat daripada kayu.

“Kebakaran membabitkan lapan rumah dan rumah-rumah lain di tingkat bawah tidak terjejas namun kita masih lagi mengambil alih bangunan tersebut untuk siasatan.

“Penghuni blok hanya dibenar kembali ke rumah masing-masing selepas kita dapati keadaan betul-betul selamat,” katanya di lokasi kejadian sambil menjelaskan punca kebakaran masih disiasat.

Sementara itu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di lokasi kejadia kira-kira 11.45 malam untuk melihat lebih dekat musibah yang berlaku.

Menurut beliau, kejadian kebakaran tersebut adalah bencana sepertimana kejadian banjir yang berlaku sekarang ini.

Justeru, kerajaan menghulurkan bantuan sebanyak RM1,000 bagi setiap keluarga yang terlibat manakala Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pula akan menyediakan rumah baharu untuk mereka.

Kesemua mangsa kini ditempatkan di dewan orang ramai di blok berhampiran. – Edisi 9

Terkini

50 keluarga asnaf terima bantuan pek makanan IR Malaysia

SERAMAI 50 keluarga asnaf menerima bantuan pek makanan daripada Islamic Relief Malaysia (IR Malaysia) sempena program MySinggah Ramadan yang...

Lagi Artikel Berkaitan