29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Pencemaran bau: Empat LRA kembali beroperasi

Beberapa kawasan di Lembah Klang alami masalah bekalan air dan tekanan air rendah

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

EMPAT loji rawatan air (LRA) yang dihenti tugas sementara berikutan pencemaran bau di Sungai Selangor, kini sudah mula beroperasi sejak pukul 4 pagi tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi kenyataan berkata, walaupun begitu, masih terdapat gangguan bekalan air dan tekanan air rendah di sebahagian kawasan di Klang, Shah Alam, Petaling, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

Katanya, senarai kawasan sedang dikemaskini dan akan dimaklumkan pada masa yang terdekat.

“Bantuan alternatif melalui lori tangki telah digerakkan kepada para pengguna dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal.

Advertisements

“Air Selangor sedang mengambil segala usaha bagi meminimakan impak gangguan kepada para pengguna yang terjejas,” katanya hari ini.

Empat LRA yang sudah beroperasi semula ialah Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2), Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) dan Rantau Panjang (LRA Rantau Panjang).

Air Selangor berkata, pihaknya akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan masalah tersebut dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa.

“Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat menerusi saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan