27.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 16, 2024

Natasha raih emas Kejohanan Boling Dunia di Kuwait

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PEMAIN boling wanita negara, Natasha Mohamed Roslan berjaya mengenepikan cabaran rakan senegara, Sin Li Jane untuk meraih pingat emas dalam acara individu pada Kejohanan Dunia di Salmiya, Kuwait, malam tadi.

Kejayaan itu sekali gus menamatkan penantian 12 tahun Malaysia untuk menyaksikan wakil negara menjuarai kejohanan tersebut sejak 2012.

Dalam aksi berlangsung di Kuwait Bowling Sporting Club, Natasha menewaskan Li Jane, 2-1 dalam format tiga permainan terbaik.

Atlet berusia 27 tahun itu bermula dengan langkah kanan apabila mempamerkan balingan cemerlang dengan merekodkan 259 jatuhan pin berbanding Li Jane, 194.

Advertisements

Bagaimanpun, Li Jane, 31, enggan mengalah apabila kembali menyamakan kedudukan 1-1, apabila menang dalam pusingan kedua selepas mencatat 238 jatuhan pin, jauh meninggalkan Natasha yang mencatat 162 jatuhan sahaja.

Namun, Natasha kembali bangkit di pusingan penentuan apabila menang 185-165 sekali gus merangkul emas.

Untuk rekod, kali terakhir wakil negara meraih pingat emas dalam acara tersebut adalah menerusi Jacqueline Sijore di Hong Kong pada 2011.

Sementara itu, pingat gangsa pula dikongsi dua wakil Korea Selatan, Hong Hae Ni dan Son Hye Rin. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bukan bumiputera masuk UiTM: KPT masih pegang teguh Akta 173

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) masih berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 bahawa Universiti Teknologi Mara (UiTM) ditubuhkan menurut...

Lagi Artikel Berkaitan