28.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Anwar, Erdogan bincang konflik di Palestin

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berbincang dengan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berhubung konflik yang sedang berlaku di Palestin.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, perbicangan tersebut diadakan menerusi panggilan telefon berkisar situasi semasa di kawasan bergolak berkenaan.

“Saya sempat bercakap dengan Presiden Erdogan sebentar tadi. Kami menyentuh mengenai perkembangan terkini melibatkan Palestin dan Israel,” katanya menerusi hantaran di laman sosial X, malam tadi.

Kumpulan pejuang Hamas pada Sabtu lalu melancarkan serangan mengejut ke atas beberapa kawasan di Israel yang menyebabkan lebih 700 rakyatnya terkorban.

Advertisements

Berikutan serangan tersebut, pihak berkuasa Gaza melaporkan, sekurang-kurangnya 493 penduduk Palestin maut.

Sementara itu, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mendesak Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres supaya segera campur tangan dan menghentikan ‘kegilaan’ Israel.

Desakan itu disuarakan Abbas menerusi satu perbualan telefon pada Isnin.

Ini selepas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant mengumumkan sekatan penuh ke atas Gaza termasuk memotong bekalan elektrik dan menyekat kemasukan makanan dan bahan api. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan