32.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Bekalan air pulih sepenuhnya tengah malam ini – Air Selangor

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PEMULIHAN bekalan air di kawasan terjejas akibat henti tugas sementara loji rawatan air akibat insiden pencemaran bau di Sungai Selangor kini telah mencapai 67 peratus, sehingga pukul 6 pagi tadi.

Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) berkata, bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada pukul 12 tengah malam ini.

“Air Selangor ingin menyarankan para pengguna yang telah dan akan mendapat bekalan air untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian.

“Pengguna yang telah mendapat bekalan air diharap akan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Advertisements

Empat loji rawatan air (LRA) dihenti tugas sementara berikutan insiden pencemaran bau di Sungai Selangor termasuk LRA Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2), Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) dan Rantau Panjang.

Air Selangor berkata, antara kawasan yang belum pulih termasuklah Petaling, Kuala Lumpur, Gombak, Klang, Shah Alam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

“Para pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini daripada semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com/,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan