24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Laporan akhir gangguan air pertengahan Jun – SPAN

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

LAPORAN akhir berhubungan gangguan bekalan air di Pulau Pinang dan Kedah akan dimuktamadkan pada pertengahan bulan ini.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) berkata, pihaknya telah mengadakan satu sesi dialog dengan pihak berkepentingan dan taklimat daripada wakil operator bekalan air dan badan pengurusan sumber air negeri. 

Katanya, antara yang memberikan pandangan adalah wakil The Institute of Engineers Malaysia (IEM), Malaysian Water Patnership (MyWP), Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Penang Water Watch dan Consumer Association of Penang (CAP).

“SPAN akan meneliti setiap maklum balas yang diterima dari segenap sudut berhubung insiden berkenaan dan seterusnya mengesyorkan langkah-langkah penambahbaikan yang wajar dipertimbang dan dilaksanakan. 

Advertisements

“Laporan akhir akan dimuktamadkan pada pertengahan bulan ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

SPAN berkata, bagi mendapatkan maklumat lebih menyeluruh, ahli Jawatankuasa teknikal khas (JKTK) SPAN turut diberi taklimat lanjut berkenaan senario, impak dan langkah pencegahan. 

Katanya, maklumat tersebut diberikan daripada wakil Syarikat Air Darul Aman (SADA), Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) serta badan pengurusan air mentah di kedua-dua negeri, Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) dan Badan Kawal Selia Air (BKSA) Pulau Pinang.

“Ahli JKTK SPAN turut mengadakan lawatan ke tapak insiden dan mendengar taklimat pengoperasian dan insiden daripada wakil Pengurusan Lembangan Sungai Muda (PLSM),” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan