30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

8 empangan utama negeri berada pada paras amaran

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LAPAN daripada 43 empangan utama di lima negeri membabitkan Johor, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak berada pada paras amaran.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) berkata, empat paras muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) merekodkan bacaan pada tahap berjaga-jaga.

“Empangan Timah Tasoh yang mencatatkan paras semasa 26.84 meter (m) melebihi paras minima 26.00 (m), Empangan Pedu dan Empangan Muda masing-masing dengan 89.60 (m) serta 91.67 (m).

“Empangan Malut pula mencatatkan paras semasa 68.08 (m) melebihi paras minima 66.0 (m) manakala Empangan Air Hitam 228.07 (m) dengan paras minima 223.55 (m).

Advertisements

“Bacaan paras semasa di Empangan Teluk Bahang menunjukkan 35.18 (m) iaitu melebihi paras minima 30.30 (m) dan Empangan Bukit Merah pula mencatatkan 6.99 (m) dengan paras minima 5.48 (m),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Manakala di Johor membabitkan Empangan Sembrong Barat turut melebihi paras minima 7.36 (m) iaitu 9.36 (m).

SPAN turut menyaranlan pengguna berhubung dengan operator air di negeri masing-masing sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan atau maklum balas. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kardinal lancar koleksi vape edisi Lumina kurang nikotin

JENAMA rokok elektronik atau vape, Kardinal tampil memperkenalkan koleksi terbaharu mereka iaitu Lumina. Lumina didatangkan ekslusif dalam edisi Raya Discovery Pack Untuk Lumina yang...

Lagi Artikel Berkaitan