NAIB Presiden Bersatu, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adakah beliau akan memberi amaran kepada Pengerusi DAP, Lim Guan Eng agar jangan menyentuh isu sensitif melibatkan raja, kaum dan agama atau 3R.
Ahli Parlimen Putrajaya itu menyatakan demikian susulan amaran terakhir yang diberikan Perdana Menteri semalam supaya tiada mana-mana pihak menyentuh isu sensitif melibatkan 3R.
“Tak bagi amaran kepada Lim Guan Eng juga ke?,” katanya ringkas menerusi hantaran di Facebook beliau.
Malam tadi, media melaporkan Kerajaan Perpaduan memberi amaran terakhir kepada mana-mana pihak yang cuba bertindak melampau dengan memainkan isu 3R (agama, bangsa dan Institusi Diraja).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, pihak terbabit yang mahu menyemai bibit perpecahan dan mencabar Perlembagaan, tidak lagi boleh dibiarkan.
Jelas Anwar, Majlis Raja-Raja turut menggesa kerajaan agar negara ini diselamatkan daripada kelompok yang terdesak untuk mempertahankan kuasa sehingga sanggup menimbulkan hura-hara. – Edisi 9