27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 21, 2023

Haramkan Jocelyn masuk Malaysia

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERGERAKAN Pemuda UMNO mendesak kerajaan supaya mengharamkan pelawak, Jocelyn Chia menjejakkan kaki ke negara ini.

Ketua Pemuda, Dr. Mohamad Akmal Saleh berkata, pemuda Barisan Nasional (BN) telah menghantar bantahan rasmi kepada Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Jalan. Tun Razak petang tadi.

Katanya, keceluparan pelawak itu menghina dan mempersendakan isu kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MH370) mengguris hati rakyat negara ini khususnya ahli keluarga mangsa.

“Kehadiran secara fizikal ini memberi mesej yang jelas kita tidak akan bertolak ansur kepada mana-mana pihak yang sesuka hati mempermainkan soal negara kita.

“Kita menggesa pihak kerajaan juga agar Jocelyn chia ini diharamkan untuk menjejakkan kaki di bumi Malaysia ini. Kebebasan bersuara mesti disulami dengan adab dan akal fikiran yang matang,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Tindakan Chia memperlekehkan negara ini dalam persembahan komedi menerusi perbandingan bersama Singapura mendapat kecaman daripada pelbagai pihak daripada kedua-dua negara.

Video tersebut dimuat naik ke akaun TikTok miliknya yang memaparkan wanita itu mengeluarkan kata-kata ke atas Malaysia selepas bertanyakan dari mana asal salah seorang penonton persembahannya.

Lebih memburukkan keadaan, wanita tersebut turut memperlekehkan isu kehilangan pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu dengan memerli pesawat tersebut tidak boleh terbang.

Bagaimanapun, TikTok hari ini dilihat telah mengeluarkan video tersebut daripada akaun Chia. – Edisi 9

Terkini

44 rumah baharu dibina untuk veteran ATM

KEMENTERIAN Pertahanan telah meluluskan sebanyak 44 permohonan bina baharu dan 177 permohonan baik pulih rumah veteran Angkatan Tentera Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan