27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 21, 2023

Ismail Sabri menghadap Agong

Sembah maklum mengenai program-program yang dirancang di bawah Yayasan Keluarga Malaysia

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada pukul 11.30 pagi tadi.

Ismail Sabri dalam hantaran Facebook miliknya berkata, beliau menyembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai program-program yang dirancang di bawah Yayasan Keluarga Malaysia (YKM).

“Patik menjunjung kasih di atas kesudian Tuanku untuk mencemar duli berangkat ke program YKM khususnya untuk bersama anak-anak yatim dalam waktu terdekat.

“Patik juga menjunjung kasih atas perkenan Tuanku menerima patik menghadap dan atas keprihatinan untuk membantu anak-anak yatim YKM,” katanya.

YKM bertanggungjawab membantu anak-anak yatim yang kedua ibu bapa mereka meninggal dunia akibat Covid-19 serta ibu bapa yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya dan bencana yang lain dari aspek kebajikan dan pendidikan.

Ismail Sabri dalam pada itu mendoakan agar Tuanku sentiasa dirahmati Allah, sihat walafiat dan dipanjangkan umur serta sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat-Nya. – Edisi 9

Terkini

44 rumah baharu dibina untuk veteran ATM

KEMENTERIAN Pertahanan telah meluluskan sebanyak 44 permohonan bina baharu dan 177 permohonan baik pulih rumah veteran Angkatan Tentera Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan