31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

PM Thailand lawat Malaysia hari ini

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri Thailand, Srettha Thavisin akan mengadakan lawatan kerja selama dua hari ke Malaysia bermula hari ini.

Kementerian Luar Negeri (KLN) berkata, ia merupakan lawatan sulung Srettha ke negara ini selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Thailand pada 5 September lalu.

Jelas KLN, Srettha dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara dan kemudiannya mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kedua-dua pemimpin dijangka menilai semula kemajuan hubungan dua hala, terutama kerjasama di dalam bidang perdagangan, pelaburan, dan keselamatan sempadan.

Advertisements

“Ini termasuk meneroka bidang-bidang kerjasama baharu seperti keselamatan siber, ekonomi digital dan ekonomi hijau,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut Wisma Putra berkata, kedua-dua pemimpin juga dijangka bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

“Kementerian yakin lawatan kerja ini akan memperkukuhkan lagi hubungan baik yang sedia terjalin di antara kedua-dua negara yang juga merupakan jiran rapat dan rakan kongsi dalam ASEAN,” katanya.

Thailand merupakan rakan dagang ketujuh terbesar Malaysia dan ketiga terbesar dalam ASEAN tahun lalu dengan jumlah dagangan sebanyak RM122.03 bilion, meningkat sebanyak 17.9 peratus berbanding RM97.55 bilion pada tahun sebelumnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Oppa’ adaptasi kisah guru jadi mangsa ‘Love Scam’

TIDAK dinafikan kes yang membabitkan jenayah scam sememangnya cukup serius sehingga mangsa ditipu dan mengalami kerugian dari segi wang ringgit. Kejadian...

Lagi Artikel Berkaitan