26.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 14, 2024

YWM agih lebih RM200,000 dana kepada institusi tahfiz

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

YAYASAN Waqaf Malaysia (YWM) telah mengagihkan sumbangan Dana Tabung Pendidikan berjumlah RM219,322.61 kepada Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (Pinta) bagi pelaksanaan Program Multimedia Tahfiz Madani di seluruh negara.

YWM menerusi kenyataan berkata, sumbangan itu dijangka memanfaatkan 20 institusi tahfiz di bawah Pinta.

Katanya, menerusi program itu, setiap institusi tahfiz akan dibekalkan dengan seunit komputer riba, pencetak pelbagai fungsi, toner pencetak, projektor dan skrin layar bagi pelaksanaan Program Multimedia Tahfiz Madani.

“Antara objektif pelaksanaan Program Multimedia Tahfiz Madani adalah bagi meningkatkan keupayaan penggunaan teknologi digital dan elektronik di dalam institusi tahfiz selaras dengan perkembangan teknologi moden.

Advertisements

“Selain itu, ia bagi memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan baik dengan bantuan teknologi serta akses kepada sumber pembelajaran serta meningkatkan kecekapan pengurusan institusi tahfiz,” katanya hari ini.

Sumbangan tersebut telah disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif YWM, Dr. Ridzwan Bakar kepada Timbalan Presiden Pinta, Zulkifli Hussain pada Majlis Perhimpunan Agensi di Bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi YWM, Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar.

Dalam pada itu, YWM berkata, program tersebut dapat mempersiapkan institusi tahfiz di negara ini bagi penggunaan Pinta Management System (PMS) dengan peralatan yang bersesuaian dan kemahiran ke arah pelaksanaan sistem elektronik. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Jelajah Dunia Akhir BWF: Tang Jie-Ee Wei cipta sejarah

CHEN Tan Jie-Toh Ee Wei mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi beregu campuran pertama negara beraksi di final Jelajah Dunia...

Lagi Artikel Berkaitan