28.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

PAS seru umat Islam kibar bendera Palestin tanda solidariti

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PAS menyeru seluruh umat Islam supaya mengibarkan bendera Palestin sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman rejim Israel.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, orang ramai diminta mengibarkan bendera Palestin di rumah kediaman, premis kedai dan kenderaan bagi menunjukkan sokongan kepada rakyat Palestin yang ditindas.

“Rakyat Palestin di Semenanjung Gaza sedang berhadapan dengan serangan dan pengeboman yang amat ganas oleh tentera rejim zionis Israel.

“Angka korban di kalangan rakyat Palestin (setakat ini) telah meningkat kepada 510 orang termasuk 91 kanak-kanak dengan 2,750 orang lagi dilaporkan cedera termasuk 244 kanak-kanak.

“Pelarian Palestin yang tinggal di tempat perlindungan di Semenanjung Gaza telah mencapai 137,000 orang atau 90 peratus kapasitinya,” katanya menerusi hantaran di Facebook semalam.

Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas iaitu pihak berkuasa di Gaza dan rejim Israel sejak 7 Oktober lepas telah mengakibatkan kehilangan ratusan nyawa kedua-dua belah pihak.

Advertisements

Pada Isnin, kerajaan mengumumkan akan menyalurkan dana RM1 juta serta-merta kepada tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) kendalian Kementerian Luar susulan konflik keganasan dan pertempuran di Semenanjung Gaza ketika ini.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, tentera rejim Zionis Israel telah melancarkan serangan udara dan pengeboman yang amat ganas ke atas bandar di Semenanjung Gaza mengakibatkan kemusnahan besar termasuk mengebom masjid-masjid, sekolah dan hospital.

Menurutnya, Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden telah mengarahkan kapal pengangkut pesawat terbesar tentera laut Amerika Syarikat dan kapal-kapal perang pengiringnya supaya segera berlepas ke Asia Barat untuk bersiap sedia berhampiran negara haram Israel bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

“Kementerian Pertahanan negara haram Israel juga telah mengarahkan supaya diwujudkan kepungan menyeluruh ke atas Semenanjung Gaza dengan tiada elektrik, makanan dan petroleum.

“Jadi atas dasar keimanan dan kemanusiaan terhadap saudara kita di Palestin, saya menyeru kepada seluruh umat Islam supaya kibarkan bendera Palestin di rumah kediaman, premis kedai dan kenderaan.

“Ini bagi menunjukkan sokongan rakyat di negara ini bersama rakyat Palestin yang sedang berdepan dengan rejim Israel yang kejam lagi zalim,” ujarnya.

Advertisements

Terkini

Maritim Malaysia tambah aset, bakal miliki empat helikopter AW189

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bakal memiliki empat buah helikopter jenis Agusta Westland AW189 ‘medium lift’ menerusi satu...

Lagi Artikel Berkaitan