29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

YWM, Maidam kumpul RM602,511 wakaf tunai

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SKIM wakaf secara potongan gaji di Terengganu berjaya mengumpul sebanyak RM602,511 nilai transaksi sejak 2015 membabitkan 234 pewakaf.

Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) bersama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menerusi kenyataan bersama berkata, data tersebut diperoleh daripada Sistem Wakaf Tunai Malaysia YWM.

Katanya, sehingga kini terdapat seramai 25,601 pewakaf berdaftar selururh negara dan daripada jumlah tersebut, seramai 949 pewakaf adalah dari negeri berkenaan.

“Urusan wakaf menjadi lebih mudah dengan adanya skim berwakaf secara potongan gaji sama ada untuk penjawat awam atau swasta.

“Selain wakaf melalui skim potongan gaji, YWM turut mengalu-alukan semua pihak sama ada individu, syarikat swasta atau korporat untuk sama-sama menyokong amalan berwakaf menerusi kempen #WakafSeringgitJe yang dilancarkan Perdana Menteri pada 1 Ramadan lalu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Susulan itu, kenyataan itu berkata, YWM dan Maidan menganjurkan Majlis Apresiasi Pewakaf di Hotel Grand Puteri, Kuala Terengganu sebagai tanda menghargai para pewakaf terutamanya yang berada di Terengganu.

Advertisements

Selain itu, majlis itu turut meraikan jalinan kerjasama dan usaha erat antara YWM dan Maidam yang terjalin sejak 2015.

“Seramai 120 orang pewakaf YWM dan Maidam sama ada yang mewakafkan tunai secara potongan gaji atau secara one-off telah dijemput menghadiri majlis ini.

“Turut dijemput, pewakaf yang mewakafkan aset atau harta tidak alih kepada Maidam,” katanya.

Majlis itu turut diserikan dengan slot Ibrah Khas Ramadan bertajuk ‘Untungnya Seorang Pewakaf’ yang disampaikan Yang Dipertua Maidam, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail.

Turut hadir, pemangku Ketua Pegawai Eksekutif YWM, Abdul Halim Mat Yusop. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan