25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Gangguan bekalan air di Pendang, Yan, Kota Setar Rabu ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KIRA-kira 9,000 akaun Syarikat Air Darul Aman (SADA) di tiga daerah di Kedah akan mengalami gangguan akibat penyelenggaraan cuci tangki mendapan, Rabu ini.

Bahagian Perhubungan Awam Komunikasi Korporat Sada dalam satu kenyataan berkata, daerah yang akan terkesan adalah Pendang, Yan dan sebahagian Kota Setar.

Menurut kenyataan itu, bagi kawasan yang terjejas diminta bersedia kerana jangka masa gangguan adalah bermula jam 9 pagi sehinggalah kerja-kerja mencuci tangki mendapan dan agihan bekalan air selesai.

“Adalah dimaklumkan kepada semua pengguna bahawa akan berlaku gangguan bekalan air di beberapa kawasan adalah disebabkan oleh pengurangan operasi Loji Rawatan Air Jenun Baru bagi memberi laluan kepada kerja-kerja cuci tangki mendapan nombor empat.

“Jenis gangguan adalah penyelenggaraan berjadual pada 31 Mei ini bermula jam 9 pagi dan 9,000 akaun SADA di tiga daerah di negeri ini akan terkesan,” kata kenyataan itu.

Antara kawasan yang terjejas adalah kilang Petronas Fertilizer, kilangNafas, Kampung Bukit Besar, Kampung Tualang, Yan Besar, Yan Kecil, Kota Sarang Semut, Jalan Batas Paip dan kawasan sekitar.

Tambah kenyataan itu, pengguna yang terlibat adalah dinasihatkan agar dapat membuat persediaan awal dengan menyimpan air dan menggunakannya dengan bijaksana. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan