Friday, June 5, 2026

Nafi terlibat promosi skim pelaburan patuh syariah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEJABAT Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu menafikan menteri itu terlibat dalam promosi skim pelaburan patuh syariah seperti dalam satu poster menggunakan gambar beliau yang tular di media sosial.

Pejabat itu menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook Mohamad hari ini memaklumkan menteri itu tidak pernah memberi izin kepada mana-mana pihak untuk gambar beliau digunakan dalam sebarang promosi seumpama itu.

“Justeru penyalahgunaan ini perlu diberhentikan segera,” menurut kenyataan itu.

Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan juga telah membuat laporan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) berhubung perkara berkenaan. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan