29.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 6, 2023

Bekalan air di Selangor pulih sepenuhnya 

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BEKALAN air Selangor di kesemua kawasan di wilayah Klang, Shah Alam dan Kuala Selangor yang terjejas akibat berikutan kerja-kerja pembaikan paip pecah di Jalan Bukit Cerakah, Bandar Puncak Alam telah pulih sepenuhnya.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) berkata, bekalan air di kesemua 99 kawasan terjejas pulih sepenuhnya pada pukul 9 pagi tadi.

“Air Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

“Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi kami,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sebanyak 99 kawasan di wilayah Klang, Shah Alam dan Kuala Selangor akan mengalami gangguan bekalan air bermula pukul 9 pagi, Isnin lalu.

Baca juga:   Vaksinasi lengkap berjaya turunkan kes kritikal di 5 negeri

Air Selangor berkata, gangguan tersebut adalah berpunca daripada pelaksanaan kerja-kerja kecemasan pembaikan paip pecah di Jalan Bukit Cerakah, Bandar Puncak Alam.

Katanya, ini kerana kerja-kerja pembaikan melibatkan paip saluran utama berukuran 2,200mm diameter dan melibatkan kawasan agihan berskala besar. 

Oleh itu, tempoh pembaikan dan pemulihan mengambil masa yang agak lama. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Kerajaan sengaja lewat bentang Akta Pendanaan Politik

KERAJAAN didakwa sengaja melewat-lewatkan pembentangan Akta Pendanaan Politik dengan memberi alasan memerlukan masa untuk libat urus dengan semua parti...

Lagi Artikel Berkaitan