26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Malaysia kecam menteri Israel ceroboh Al-Aqsa

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir, yang menceroboh masjid dan perkarangan Kompleks Al-Aqsa, di Baitulmaqdis pada 21 Mei lalu.

Kementerian Luar Negeri (KLN) melalui satu kenyataan dikeluarkan Wisma Putra, menyifatkan pencerobohan itu adalah tindakan provokasi dan menjejaskan status quo politik Baitulmaqdis dan Al-Haram Al-Sharif.

“Malaysia mengulangi gesaan agar anggota masyarakat antarabangsa meminta rejim Israel bertanggungjawab ke atas provokasi dan pencerobohan berterusan yang memburukkan lagi keadaan.

“Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mesti menunaikan tanggungjawab seperti termaktub dalam Piagam dan segera menuntut rejim menghentikan tindakan provokasi demi keamanan dan kestabilan di rantau ini,”menurut kenyataan itu.

Advertisements

Menurut kenyataan itu lagi, Malaysia terus bersolidariti bersama rakyat Palestin, dan menuntut hak mereka yang sah untuk sebuah negara merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Baitulmaqdis sebagai ibu kotanya.

Media sebelum ini melaporkan, Ben-Gvir menceroboh Masjid Al-Aqsa pada Ahad lalu untuk kali kedua sejak memegang jawatan itu dan mengisytiharkan bahawa Israel ‘tuan tanah’ ke atas tapak suci Baitulmaqdis.

Rakyat Palestin mengecam tindakan itu dan ketegangan terus berlanjutan antara Israel dan Palestin. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pemuda UMNO gesa ‘haramkan’ Prof Gilley masuk Malaysia

PEMUDA UMNO Malaysia hari ini mendesak kerajaan mengharamkan seorang ahli akademik pro-zionis Israel, Bruce Gilley daripada memasuki negara ini. Ketuanya,...

Lagi Artikel Berkaitan