26.6 C
Kuala Lumpur
Monday, December 2, 2024

Hawana 2023: Sultan Nazrin perkenan media baca khutbah esok

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENGAMAL media di Perak mendapat penghormatan bagi membawa khutbah Jumaat di beberapa masjid di negeri itu esok selepas mendapat perkenan daripada Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. 

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd. Annuar Zaini berkata, itu dilakukan bagi mengiktiraf peranan penting media kepada negara bersempena sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana).

“Baginda telah menitahkan supaya khutbah Jumaat di negeri Perak pada 26 Mei (esok) bertemakan ‘Kewartawanan: Menyempurnakan Tugas Berlandaskan Nilai-nilai Islam’. 

“Baginda turut memperkenankan para pengamal media diberikan penghormatan membaca khutbah Jumaat di masjid-masjid di negeri Perak pada 26 Mei (esok),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Hawana 2023 akan diadakan selema tiga hari bermula Jumaat ini di Ipoh dengan mengangkat tema ‘Media Bebas, Tunjang Demokrasi’ untuk memberi penekanan semula terhadap isu kebebasan media dalam menjalankan tugas.

Advertisements

Majlis Kemuncak Hawana 2023 akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tiga nama pengamal media telah dikemukakan kepada Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) untuk mendapat tauliah sementara membaca khutbah di tiga masjid di negeri tersebut.

Sultan Nazrin Shah turut memberi perkenan kepada Editor Rencana Agama dan Sastera Berita Harian, Mohd. Nazmi Yaacob untuk membaca khutbah Jumaat di Masjid Negeri (Masjid Sultan Idris Shah II), esok.

“Wartawan Sinar Harian Perak, Saifullah Ahmad pula akan membaca khutbah di Masjid Sultan Azlan Shah Ipoh dan Penerbit Rancangan RTM Perak, Mohd. Fahmi Mohd. Nor akan menyampaikan khutbah di Masjid Muhibbuddin Shah Ipoh,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PAPTI rangka pelbagai program sambut jubli emas tahun depan

PERSATUAN Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia (PAPTI) merangka pelbagai program  bagi menyambut Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 penubuhannya tahun depan. Presiden...

Lagi Artikel Berkaitan