31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Dana judi: Jarang Menteri keluar kenyataan susulan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

“JARANG-jarang berlaku menteri mengeluarkan kenyataan susulan,”kata Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) berkata demikian merujuk kepada kenyataan susulan yang dibuat Datuk Seri Azalina Othman Said berhubung dakwaan PN menggunakan dana syarikat judi untuk kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Bagaimanapun, katanya, beliau berterima kasih kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) yang mengeluarkan kenyataan berhubung jawapannya kepada soalan di Dewan Rakyat berkenaan isu dana judi yang dikatakan diterima oleh Perikatan Nasional di dalam PRU yang lepas.

“Barangkali jarang-jarang berlaku kenyataan susulan perlu dikeluarkan seperti ini, boleh jadi ada perbincangan di dalam mesyuarat kabinet yang terbaru atau sebab-sebab lain wallahualam.

“Apa yang penting, soalan saya sudah jelas,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau di sini.

Advertisements

Sehubungan dengan itu, beliau turut memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan status siasatan terhadap dakwaan yang beliau sendiri keluarkan.

“Saya (dan semua yang ingin tahu) tidak kisah samada siasatan itu dibuat oleh SPRM, LHDN, Kastam, PDRM, Gerak Khas, atau apa jua agensi , yang penting ialah benar atau tidak Perikatan Nasional terima dana daripada aktiviti perjudian?.

“Nampaknya dalam sesi akan datang saya kena spesifikkan nama-nama agensi agar mudah dijawab oleh Menteri-Menteri yang berkaitan.

“Sebenarnya, jawapan sebenar rakyat sudah tahu. Tapi.. itulah, pusing sana pusing sini selagi boleh. Tidak mengapa, sesi akan datang masih ada, jikapun kerajaan yang ada masih kekal…,” ujar beliau.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan