27.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 8, 2024

Kapal kargo Panama ditahan berlabuh tanpa kebenaran

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang menahan sebuah kapal kargo dari Panama, MV Wisdom Grace kerana disyaki berlabuh tanpa kebenaran.

Pemangku Pengarah Maritim Pulau Pinang, Komander Maritim Nak Rong Si Prom berkata, kapal kargo tersebut ditahan di kedudukan 17 batu nautika barat Muka Head, Pulau Pinang, kelmarin.

Katanya, pusat operasi Maritim Pulau Pinang menerima maklumat daripada Jabatan Laut Negeri berkenaan kapal tersebut tidak mempunyai kebenaran untuk bersauh di posisi berkenaan.

“KM Sikuati segera diarahkan untuk melakukan rutin pemeriksaan dan penggeledahan ke atas kapal kargo berkenaan.

Advertisements

“Pemeriksaan mendapati, 19 kru termasuk kapten kapal warga China berada di atas kapal kontena tersebut. Kesemua mereka berusia dalam lingkungan 27 hingga 54 tahun,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Nak Rong berkata, hasil pemeriksaan mendapati kapal yang didaftarkan di Panama itu disyaki melakukan kesalahan berlabuh tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Laut.

MV Wisdom Grace bersama kru kemudian ditahan bagi membantu siasatan kerana disyaki melakukan kesalahan dibawah akta Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952.

“Maritim Malaysia Pulau Pinang menghargai segala bentuk aduan oleh agensi kerajaan serta komuniti nelayan di atas maklumat yang disalurkan bagi menguatkuasakan undang-undang di perairan negara,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

KLDX, AsiaNext perluas pasaran aset digital di rantau ini

BURSA sekuriti digital, KLDX menjalinkan kerjasama dengan bursa sekuriti aset digital, AsiaNext bagi memperluaskan pasaran aset digital di rantau...

Lagi Artikel Berkaitan