32.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

UMNO Selangor lancar tabung ‘Keranamu Palestin’

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

UMNO Selangor akan melancarkan tabung ‘Keranamu Palestin’ sebagai tanda sokongan terhadap nasib rakyat Palestin dan bagi tujuan memudahkan penyaluran bantuan kemanusiaan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, tabung tersebut akan digerakkan ke seluruh bahagian parti itu di Selangor.

“UMNO Selangor menyokong penuh pendirian kerajaan yang tidak akan menormalisasikan hubungan dengan Israel serta mengecam keras rejim Zionis yang mengamalkan dasar apartheid.

“Marilah kita bersama memanjatkan doa agar konflik ini dapat diselesaikan dengan kadar segera demi keadilan kepada rakyat Palestin yang telah dizalimi berdekad lamanya,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Advertisements

Dalam pada itu, Megat Zulkarnain berkata, UMNO Selangor menyokong penuh ucapan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berhubung perkembangan semasa konflik Palestin-Israel.

Ujarnya, itulah semangat yang ingin dilihat daripada pemimpin negara menunjukkan kesatuan hati dan suara dalam isu Palestin.

“Ini demi memartabatkan hak asasi manusia terutamanya bagi saudara-saudara kita yang telah lama ditindas dan dianiaya di sana.

“UMNO Selangor teguh, tegas dan tegar menyokong usaha-usaha konkrit dan realistik yang dilaksanakan Kerajaan Madani dalam mencari penyelesaian yang adil dan berterusan bagi menghentikan konflik ini,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akibat tindakan bodoh, Harimau Malaya hilang pemain tonggak

AKIBAT tindakan bodoh oleh individu tertentu, skuad kebangsaan kehilangan pemain tonggak bagi mengharungi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027,...

Lagi Artikel Berkaitan