27.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

UK, Ireland dipilih anjur Euro 2028

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BADAN bola sepak Eropah, UEFA memilih Kingdom (UK) dan Ireland sebagai tuan rumah bagi Kejohanan Eropah (Euro) 2028.

Keputusan itu dibuat susulan pembentangan yang dilakukan di hadapan Jawatankuasa Eksekutif UEFA di ibu pejabat badan itu di Nyon, Switzerland, semalam.

UK dan Ireland dilapor mahu mendapatkan hak penganjuran Euro 2028 kerana berhajat untuk membida hak penganjuran Piala Dunia 2030 bagi benua Eropah.

Namun, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) baru-baru ini memutuskan Maghribi, Sepanyol dan Portugal sebagai tuan rumah kejohanan tersebut sambil Argentina, Uruguay dan Paraguay akan menganjurkan perlawanan pembukaan sempena sambutan 100 tahun Piala Dunia.

Sementara itu, tidak dapat dipastikan negara manakah di antara lima, England, Scotland, Wales, Republik Ireland atau Ireland Utara yang akan beraksi sebagai tuan rumah Euro 2028.

Akhbar The Independent sebelum ini melaporkan UEFA tidak mungkin akan memberikan lima slot automatik kepada negara tuan rumah bagi kejohanan membabitkan 24 pasukan berkenaan.

Advertisements

Bagaimanapun lapor akhbar itu, England dijangka akan melalui pusingan kelayakan kerana Persatuan Bola Sepak (FA) Inggeris mahu memastikan skuad Three Lions kekal kompetetif menjelang pusingan akhir kelak.

Penganjuran kejohanan elit tersebut dijangka membawa pulangan sebanyak RM15.08 bilion kepada ekonomi negara berkenaan.

Antara stadium yang dijangka digunakan bagi menganjurkan Euro 2028 ialah Stadium Etihad, St James’ Park, Stadium Tottenham Hotspur, Villa Park, Wembley, Stadium Principality, Hampden Park dan Stadium Aviva.

Stadium Old Trafford dijangka tidak dipilih termasuk Anfield dan juga Stadium Olimpik London.

Dalam pada itu, Itali dan Turkiye pula dipilih sebagai tuan rumah bersama bagi menganjurkan Euro 2032. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan