26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Lori satu tan bawa muatan tepung terbalik

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBUAH lori seberat satu tan yang membawa muatan tepung terbalik dalam kejadian kemalangan yang berlaku di Kilometer 300.0 di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Bangi petang tadi.

Kejadian yang berlaku jam 4.40 petang itu, telah mengakibatkan tiga lelaki mengalami kecederaan ringan selepas berjaya dikeluarkan oleh orang awam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan memaklumkan mengenai kejadian tersebut pada jam lebih kurang 4.40 petang tadi.

“Bertindak atas maklumat yang diterima, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi telah digerakkan ke lokasi kemalangan itu.

Advertisements

“Sejurus tiba di lokasi, pemeriksaan lanjut anggota mendapati kemalangan melibatkan sebuah lori jenis Hino seberat satu tan yang membawa muatan tepung dipercayai telah hilang kawalan dan terbalik di atas lebuh raya itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, akibat insiden itu tiga orang lelaki tempatan termasuk pemandu lori mengalami kecederaan ringan manakala dua lagi terselamat.

“Mangsa berjaya keluar dari lori tersebut sebelum pasukan bomba tiba ke lokasi itu bagaimanapun barang bungkusan tepung didapati bertaburan di atas jalan.

“Salah seorang nangsa yang tercedera telah dikejarkan ke Hospital Kajang untuk rawatan selanjutnya oleh pasukan EMRS Bomba,” ujarnya.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan