26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Geely rancang tingkat pelaburan, kukuh hub pengeluar kenderaan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SYARIKAT automotif Geely Holding Group Co., Ltd. (Geely) merancang meningkatkan lagi pelaburan di negara ini termasuklah memperkukuhkan Malaysia sebagai hub pengeluaran kenderaan bagi tujuan eksport.

Hasrat itu dinyatakan sewaktu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Pengerusi Zhejiang Geely Holding Group Co., Ltd. (Geely),Li Shufu petang tadi.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata, pertemuan itu adalah bukti bahawa Geely menyusul pelaburan komited berjumlah RM32 bilion.

“Ini sepertimana yang diumumkan sebagai sebahagian daripada hasil lawatan rasmi saya ke negara China pada akhir Mac tahun ini,”k atanya.

Advertisements

Turut serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Pengasas Yayasan Albukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary.

Perdana Menteri berkata, Geely merupakan gergasi automotif dunia dan juga rakan kongsi strategik konglomerat Malaysia, DRB-HICOM.

Dalam pertemuan berkenaan, katanya, Geely juga akan meningkatkan penyertaan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan serta penyediaan tenaga mahir tempatan yang selari dengan keperluan industri pada masa hadapan.

“Moga yang dirancang ini akan membuahkan hasil kepada ekonomi negara, Insya-Allah,” ujar beliau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan