26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

19 mangsa tanah runtuh terperangkap 48 jam diselamatkan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PASUKAN penyelamat berjaya mengeluarkan 19 mangsa yang terperangkap kira-kira 48 jam dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Genting Peres-Kuala Klawang, dekat Hulu Langat, Selangor, tengah hari ini.

Dalam satu hantaran di Facebook, Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) P, 19 mangsa terbabit terdiri daripada empat kanak-kanak, seorang warga emas dan 14 dewasa yang terperangkap di kawasan berkenaan.

“Briged Tengah PGA PDRM menggerakkan seorang pegawai, 25 anggota pada jam 12 tengah malam tadi dari Tiger Platoon Batalion 4 PGA, Semenyih dalam operasi menyelamatkan 19 mangsa terdiri 4 kanak-kanak, 1 warga emas dan 14 dewasa yang terperangkap di kawasan Genting Peras Hulu Langat akibat tanah runtuh.

“PGA bersama Pasukan Bomba dan Penyelamat telah melalui 11 kawasan tanah runtuh yang tidak boleh dilalui dengan kenderaan dalam kejadian di jalan utama Genting Peres ke Kuala Klawang,” katanya hari ini.

Antara mangsa yang terperangkap selama 48 jam dalam kejadian tanah runtuh Jalan Genting Peres-Kuala Klawang, Hulu Langat yang berjaya diselamatkan hari ini. – Sumber: Facebook PGA PDRM

Menurut kenyataan berkenaan, operasi berjaya membawa keluar kesemua mangsa pada jam 1 tengah hari tadi.

Sementara itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4.32 petang semalam sebelum mengerahkan pasukan operasi ke tempat kejadian.

“Sepasukan anggota penyelamat diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Asri Tak, telah menggerakkan operasi menyelamat dengan bantuan enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih termasuk sebuah jentera, 11 daripada Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) dan 10 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Seramai 19 orang mangsa diselamatkan menerusi operasi berjarak kira-kira enam kilometer (km) sepanjang runtuhan itu,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurutnya, dua kumpulan mangsa termasuk sebuah keluarga berjaya dikeluarkan dari lokasi kejadian tanah runtuh dan dibawa ke kawasan lebih selamat.

“Antara mangsa runtuhan melibatkan dua lelaki berusia dalam lingkungan 20-an ditemui terperangkap di tepi jalan pada pukul 1.34 pagi manakala salah seorang mangsa dihempap pokok tumbang dan mengalami kecederaan di pergelangan kaki kanan.

“Sebuah keluarga turut terkandas di lokasi berbeza tetapi tiada kecederaan dilaporkan,” ujarnya.

Syukur… kesemua mangsa terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat, Selangor bersama anggota PGA PDRM. – Sumber: Facebook PGA PDRM

Tambahnya, 17 mangsa yang lain termasuk sebuah keluarga ditemui tanpa sebarang kecederaan pada pukul 5.30 pagi dan kesemua mangsa telah digerakkan ke kawasan selamat untuk diberi rawatan awal.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan