23 C
Kuala Lumpur
Wednesday, January 15, 2025

UEM Edgenta, JBPM tubuh pasukan tindakan kecemasan

Mesti Baca

UEM Edgenta Berhad dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah menubuhkan Pasukan Tindakan Kecemasan Bersama bagi meningkatkan kesiapsiagaan bencana dan tindak balas kecemasan.

Pengarah Urusan UEM Edgenta, Syahrunizam Samsudin berkata, penubuhan pasukan tersebut juga bagi mengukuhkan usaha pemulihan di seluruh negara serta memupuk komuniti yang lebih selamat dan berdaya tahan.

Beliau berkata, dengan memanfaatkan kepakaran dan kemudahan bersama seperti pusat latihan UEM Edgenta di Petaling Jaya dan Bukit Beruntung, pihaknya berusaha mengoptimumkan sumber dan meningkatkan kecekapan operasi

“MOU ini menandakan pencapaian penting dalam misi kolektif kami untuk memperkukuhkan kesiapsiagaan bencana di peringkat kebangsaan.

“Pengurusan bencana yang berkesan bergantung kepada kerjasama lancar antara sektor awam dan swasta, dan perkongsian kami dengan JBPM mencerminkan potensi transformasi daripada sinergi tersebut.

“Dengan menggabungkan kepakaran luar biasa JBPM dalam tindak balas kecemasan dengan keupayaan UEM Edgenta dalam pengurusan infrastruktur kritikal dan kecemerlangan operasi, kami yakin terhadap keupayaan kami untuk mencipta impak yang nyata,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian dalam majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) bagi penubuhan Pasukan Tindakan Kecemasan Bersama antara UME Edgenta dan JBPM di Kuala Lumpur, semalam.

Pada majlis itu Syahrunizam menandatangi perjanjian bagi pihak UEM Edgenta manakala JBPM diwakili oleh Ketua Pengarahnya, Datuk Ts Nor Hisham Mohammad.

Antara kerjasama yang akan dibentuk melalui MoU tersebut ialah program latihan bersama, bengkel, dan simulasi yang direka untuk meningkatkan kepakaran teknikal bagi tindak balas bencana.

Kedua-dua organisasi juga akan bekerjasama dalam inisiatif keterlibatan komuniti, seperti kempen kesedaran yang bertujuan mendidik orang ramai mengenai kesiapsiagaan bencana dan protokol kecemasan.

Sementara itu Nor Hisham berkata, sokongan dan kerjasama semua pihak termasuk sektor swasta diperlukan bagi memastikan kesediaan menghadapi sebarang situasi kecemasan dengan lebih cekap dan berkesan.

“JBPM melihat kerjasama JBPM dan UEM Edgenta dapat memberikan manfaat besar dan kesan positif dalam pelbagai aspek, terutama dalam meningkatkan keupayaan operasi pemadaman kebakaran melalui perkongsian kepakaran, inovasi, pelaksanaan teknologi baharu, dan program-program latihan bersama,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan SARA disalur kepada 700,000 penerima mulai esok

DALAM usaha berterusan untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar, Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri...

Lagi Artikel Berkaitan