30.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

JPBM jalankan siasatan dalaman nahas helikopter

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JABATAN Bomba dan Penyelamat (JBPM) sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung insiden nahas membabitkan sebuah helikopter miliknya di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, semalam.

JBPM menerusi kenyataan berkata, siasatan terperinci sedang dilaksanakan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Katanya, ketika kejadian, helikopter model Agusta AW189 itu masih belum memulakan penerbangan.

“Pada masa ini, Biro Siasatan Kemalangan Udara juga sedang menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca kejadian.

“JBPM akan mengambil tindakan susulan selaras dengan dapatan serta arahan dan prosedur semasa yang berkuat kuasa,” katanya hari ini. 

Sebuah helikopter milik JPBM yang sedang menjalani ujian penerbangan dilaporkan terhempas di kawasan apron UniKL MIAT Hangar, Subang semalam.

Advertisements

Menara kawalan trafik udara Subang menerima laporan berhubung kemalangan itu pada pukul 11.52 pagi.

Kenyataan itu berkata, pesawat itu dilaporkan telah ditugaskan untuk menjalani pengujian enjin dan sistem pesawat kira-kira pukul 11.40 pagi semalam.

Katanya, pengujian itu dilakukan setelah melalui proses penyelenggaraan berkala yang ditetapkan oleh pihak pengeluar seperti dalam program selenggaraan.

“Setelah beberapa ketika pesawat berada dalam pengujian, berlaku kemalangan ke atas pesawat, ia masih belum membuat penerbangan. 

{Keadaan cuaca semasa kejadian dilaporkan mendung, tanpa sebarang halangan di tempat kejadian,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akibat tindakan bodoh, Harimau Malaya hilang pemain tonggak

AKIBAT tindakan bodoh oleh individu tertentu, skuad kebangsaan kehilangan pemain tonggak bagi mengharungi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027,...

Lagi Artikel Berkaitan