33.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Ismail Sabri seru Keluarga Malaysia bantu Sufi Syafrina

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru Keluarga Malaysia agar menghulurkan sumbangan bagi membantu bayi berusia enam bulan, Sufi Syafrina yang menghidap penyakit Spinal Muscular Atrhopy (SMA) Jenis Satu.

Menurut Ismail Sabri, beliau dimaklumkan bapanya, Mohd. Syafiq Idrus bahawa mereka memerlukan dana sebanyak RM9 juta bagi membeli ubat Genetik Zolgensma.

Selain itu, menerusi dana tersebut juga dapat digunakan bagi menjalankan rawatan pemulihan penyakit tersebut.

“Amat tersentuh melihat keadaan adik Sufi Syafrina yang terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan 24 jam untuk meneruskan kehidupan.

“Saya berharap lebih banyak pihak seperti syarikat korporat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut sama membantu agar rawatan ini dapat disegerakan,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan selepas melawat Sufi Syafrina di kediamannya di Kajang, Selangor hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat membantu bayi yang sedang bertarung nyawa itu mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

“Saya turut dimaklumkan rawatan ini perlu dilakukan segera atau sebelum usia mencecah dua tahun,” katanya.

Untuk bantuan lanjut boleh menghubungi Mohd. Shafiq di talian 011- 5978 7879 atau sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun bank Maybank atas namanya bernombor 562021680453. –  Edisi 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan