25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

RM200 juta baik pulih jalan kampung Orang Asli – KKDW

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) meluluskan peruntukan sebanyak RM200 juta bagi pelaksanaan projek baik pulih jalan di perkampungan Orang Asli di Kelantan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, dana itu merupakan peruntukan sedia ada yang diluluskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri KKDW berkata, projek baik pulih itu melibatkan kawasan seperti Kuala Betis-Pos Balar dan Pos Belatim-Kuala Betis-Pos Bihai di Gua Musang.

“Kementerian juga tidak berhajat untuk meminta tambahan peruntukan namun sekiranya ia tidak mencukupi, saya sendiri akan menghadap Perdana Menteri untuk tambah.

“Bukan untuk saya tetapi untuk kebajikan Orang Asli terutamanya dalam hal perhubungan desa ini,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Sentuhan Kasih Desa Peringkat Negeri Kelantan di Dataran Kesedar Paloh 2, di Gua Musang hari ini.

Program tersebut disempurnakan Anwar yang juga merupakan Menteri Kewangan.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, pelantikan pengerusi baharu Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Datuk Zawawi Othman akan membawa perubahan dan pembangunan di kawasan tersebut.

“Saya yakin Cikgu Awi (Zawawi) orang yang bersemangat dan saya lihat dalam tempoh hanya tiga bulan ini beliau telah melakukan banyak perubahan di Kesedar ini,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan