25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 12, 2024

Kapal terbalik: Empat mayat ditemukan terapung

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

EMPAT mayat yang dipercayai kru kapal MV Tung Sung yang terbalik di perairan Pulau Burung ditemukan terapung petang semalam.

Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md. Yunus berkata, tiga mayat ditemukan terapung oleh nelayan tempatan sekitar 15 batu nautika timur laut Pulau Burung.

Beliau berkata, sejurus menerima maklumat, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuching mengatur gerakan KM Kota Kinabalu bersama aset agensi lain ke lokasi penemuan mayat.

“Sekitar pukul 2.30 petang, tiga mayat yang dilaporkan ditemukan oleh pasukan penyelamat dan dibawa ke jeti Awam Sebuyau.

“Kemudian, sekitar pukul 5.25 petang, KM Kota Kinabalu diarahkan ke sektor pencarian baharu dan menemukan satu lagi mayat,” katanya menerusi hantaran Facebook malam tadi.

Advertisements

Keluasan sektor pencarian yang dilakukan ketika ini adalah 130.28 batu nautika persegi melibatkan kekuatan seramai 87 pegawai dan anggota pelbagai agensi.

Sebanyak enam aset telah diatur gerakan untuk Op. Carilamat sejak semalam melibatkan aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Pasukan Polis Marin (PPM), Sarawak Coast Guard (SCG), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Beliau berkata, identiti kesemua mayat yang ditemukan belum dikenal pasti identiti dan diserahkan kepada pihak Polis Daerah Sebuyau dan pihak kesihatan siasatan lanjut.

“Op Carilamat masih diteruskan bagi mencari baki mangsa masih hilang,’ katanya. – Edisi 9 

Advertisements

Terkini

Piala Mitsubishi Electric: Paulo Josue selamatkan ‘maruah’

PEMAIN naturalisasi, Paulo Josue menjadi penyelamat maruah skuad Harimau Malaya apabila dua jaringannya di separuh masa kedua berjaya membawa...

Lagi Artikel Berkaitan