28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Altimet calon PKR di Lembah Jaya

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENYANYI rap tempatan, Altimet dicalonkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya.

Komposer terkenal itu sebelum ini menang dalam pemilihan parti bagi jawatan Ketua Cabang PKR Ampang menewaskan pelakon Hans Isaac akan bertanding buat kali pertama dalam karier politiknya.

Pengumuman pencalonan Altimet atau nama sebenar Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad dibuat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Shah Alam, malam tadi.

Kerusi Lembah Jaya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu disandang oleh calon PKR ketika itu, Haniza Mohamed Talha yang memperoleh majoriti besar 14,790 undi.

Advertisements

Sementara itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli dinamakan sebagai calon di DUN Hulu Klang.

Juwairiya dijangka akan berdepan Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang merupakan Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN).

PKR meletakkan 20 calon di Selangor dengan Menteri Besar, Datuk Seri Aminudin Shari mendahului senarai yang akan mempertahankan kerusi DUN Sungai Tua.

Parti komponen Pakatan Harapan (PH) itu secara keseluruhan menampilkan seramai 58 calon pada PRN di kesemua enam negeri serta seorang calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan