26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Kalau cakap tanpa analisis itu pengampu – Dr Akmal

Beliau membidas kenyataan seorang penganalisis sosiopolitik yang mendakwa Pemuda UMNO bersikap pasif dalam kempen PRN

Mesti Baca

KETUA Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh hari ini membidas kenyataan seorang penganalisis sosiopolitik yang mendakwa pergerakan itu bersikap pasif dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini.

Beliau berkata, penganalisis tersebut jelas tidak membuat analisis terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan media tersebut.

Katanya, sebagai seorang penganalisis sepatutnya beliau membuat analisis tentang apa yang telah dilakukan oleh Pemuda UMNO jika tidak, dia hanya dilihat sebagai pengampu.

“Mohon penganalisis untuk buat analisis terlebih dahulu apa yang pemuda dah buat sebelum ini.

“Kalau main cakap tanpa analisis itu bukan penganalisis tetapi takut jadi pengampu,” katanya.

Penganalisis sosiopolitik terbabit, Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata, Pemuda UMNO bersikap pasif semasa kempen dan “sepatutnya lebih aktif” dan tidak bersuara hanya apabila parti itu mengalami kekalahan.

Advertisements

Awang Azman mendakwa, jentera sayap parti itu tidak mendekati pengundi manakala beberapa pemimpinnya yang sebelum ini memegang jawatan hanya berkempen separuh hati.

“Sekarang apabila mereka tidak mempunyai kuasa lagi, mereka nampaknya tidak banyak membantu parti. Tetapi apabila parti kalah, merekalah yang pertama menekan kepimpinan dengan pelbagai tuntutan,” katanya lapor FMT.

Sebelum ini, Dr Akmal menggesa kepimpinan parti itu membuat perubahan atau berisiko dikuburkan berikutan kekalahan teruk parti itu pada PRN baru-baru ini.

Dalam PRN di Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu, UMNO hanya memenangi 19 kerusi daripada 108 kawasan yang ditandingi.

Ini termasuk kekalahan terburuk di Terengganu apabila parti gagal memenangi sebarang kerusi daripada 32 kerusi di negeri itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan