24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Mayat mangsa dibaham buaya ditemui di Sabah

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

MANGSA serangan buaya yang dilaporkan berlaku pada jam 3.51 petang 9 Mei lalu di Sungai Rawog, Ladang Linbar 2, Beluran, Sabah, ditemui pada hari ketiga operasi mencari dan menyelamat (SAR), pada Khamis.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, mayat lelaki berusia 28 tahun itu ditemui pada jam 10.30 pagi tadi kira-kira satu kilometer (km) dari lokasi dilaporkan hilang dan menyedihkan mangsa ditemui sudah meninggal dunia dengan jasad tidak sempurna susulan dibaham buaya.

“Anggota pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran telah keluar ke lokasi pada jam 6.45 pagi dengan jarak pencarian adalah sejauh 3.4km dari lokasi mangsa dilaporkan dibaham.

“Mangsa berjaya ditemui pasukan bomba bersama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), serta penduduk kampung pada jam 10.30 pagi sejauh 1km dari lokasi mangsa di baham buaya.

“Namun, yang menyedihkan mayat mangsa ditemui dalam keadaan jasad tidak sempurna. Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada PDRM untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 11:30 pagi,” katanya.

Advertisements

Terdahulu BBP Beluran, menerima panggilan daripada Balai Polis Kinabatangan pada 9 Mei lalu tentang insiden mangsa diserang buaya yang berlaku di Sungai Rawog, Ladang Linbar 2, Beluran, Sabah.

Menurut saksi, sebelum kejadian mangsa sedang melakukan aktiviti membersihkan kawasan pagar elektrik di dalam kawasan estet bersempadan dengan Sungai Rawog.

Semasa berehat, mangsa pergi ke tepi sungai untuk mencuci tangan dan kaki, tiba-tiba buaya muncul dan mengheret mangsa ke dalam sungai.

Mangsa sempat menjerit meminta tolong, namun tidak dapat di bantu oleh rakan mangsa yang juga sama-sama bekerja di kawasan tersebut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan