25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

2 lelaki ditahan cuba seludup arak

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

POLIS menahan dua lelaki tempatan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan arak tanpa cukai yang dianggarkan bernilai RM35,780.25 di Bakri, Muar pada 4 Mei lalu.

Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Muar, Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, polis dari cawangan kenderan pelbagai guna (MPV) mengekori dan menahan sebuah kereta jenis Toyota Alphard berwarna putih yang mencurigakan ketika membuat rondaan di kawasan Bakri, Muar.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati kenderaaan tersebut dipandu seorang lelaki tempatan berumur 40 tahun bersama seorang lagi lelaki berumur 48 tahun.

“Tangkapan dibuat ke atas kedua-dua individu itu untuk siasatan kerana terlibat dalam kegiatan penyeludupan arak tanpa cukai dianggarkan nilai barang (arak) berjumlah RM35,780.25.

Advertisements

“Kedua-dua suspek telah ditahan reman selama lima hari bermula dari 5 sehingga 9 Mei lalu. Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967,” katanya menerusi kenyataan.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya menafikan sebarang campur tangan pihak luar dalam siasatan yang dijalankan.

“Siasatan berjalan secara telus mengikut prosedur siasatan sedia ada.

“Orang ramai dinasihatkan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kegiatan penyeludupan seta tidak mempercayai sebarang berta dari mana-mana sumber yang tidak sahih,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan