34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Ramal PN berpecah, Fadhli bidas kenyataan Zahid

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEOLAH-OLAH ‘koyak’ dengan kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa gabungan Pas dan Bersatu di bawah Perikatan Nasional (PN) akan berpecah, Ahmad Fadhli Shaari hari ini tampil membidas Presiden UMNO itu menerusi satu pantun.

Kaki tempang tidak bersarang,
Sang merpati tidak berlari,
Tuan menumpang di dapur orang,
Ada hati menuding jari?

Demikian kiasan pantun dikongsikan Ketua Pemuda Perikatan N”asional (PN), menerusi hantaran di Facebook beliau.

Difahamkan hantaran itu sebagai jawapan balas susulan kenyataan Zahid berhubung gabungan parti pembangkang itu yang dijangka akan berpecah tidak lama lagi.

Ahmad Fadhli turut mempersoalkan tindakan Ahli Parlimen Bagan Datuk yang menuding jari pada pihak lain dan menyifatkan kedudukan BN umpama ‘menumpang di dapur orang’.

Pada Khamis, media melaporkan Zahid menjangkakan gabungan parti-parti yang didakwanya konon-konon memperjuangkan kaum Melayu akan berpecah tidak lama lagi.

Advertisements
Pas bergabung bersama PKR dan DAP di bawah Pakatan Rakyat pada tahun 2008.

Beliau dalam ucapan amanat ulang tahun UMNO pada Khamis itu, berkias dengan menyorot semula insiden perpecahan dalaman yang dialami salah satu parti komponen gabungan pembangkang tersebut.

Untuk rekod, Pas merupakan satu-satunya parti yang paling kerap menjalinkan kerjasama dengan parti-parti lain namun tidak pernah bertahan lama.

Sebagai contoh pada 2008, Pas menyertai Pakatan Rakyat yang turut dianggotai oleh PKR dan DAP namun parti itu meninggalkan pakatan tersebut selepas PRU pada tahun berkenaan.

Pas juga pernah menjalinkan kerjasama dengan UMNO pada 2019 selepas PRU-13 tetapi hanya bertahan seketika selepas Pas secara diam-diam menjalinkan kerjasama dengan Bersatu yang ketika itu baru meninggalkan gabungan PH.

– Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan