29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

PAS bekerjasama mengikut Islam – Hadi

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

PAS kerap bekerjasama dengan pihak lain dengan tujuan melaksanakan perpaduan umat untuk memperkenalkan politik Islam termasuk dalam penubuhan negara.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, hal itu dilaksanakan sejak PAS ditubuhkan sehingga kini, dalam urusan politik berkonsepkan perkara ijtihad yang bersifat dinamik.

“Banyak kalangan yang mempertikaikan kerjasama PAS dengan pihak lain, mengapa ia boleh berubah?

“Malah, PAS dianggap mengkhianati kerjasama, kerana sepatutnya tetap tidak boleh diubah, khususnya kerjasama bersama DAP yang telah dibatalkan,” katanya menerusi tulisan Minda Presiden PAS, hari ini.

Menurut Abdul Hadi, kerjasama yang dengan pelbagai parti termasuk DAP, PKR dan UMNO sebelum ini tujuannya untuk mengembalikan semula kehebatan kepimpinan Melayu Islam dengan agenda memimpin perpaduan umat. 

“Hubungan Melayu laksana satu jasad yang tidak berpisah bersama Islam, dan ini telah menjadi asas yang kukuh bagi mewujudkan semula kepimpinan Islam yang bersejarah dan berjaya menangani masyarakat majmuk.

“PAS yang beraqidah Islam yang sempurna, serta menghayati syariat dan akhlak Islam tidak menggunakan akal semata-mata, termasuk dalam urusan politik.

“Bahkan, PAS menjadikan al-Quran dan Sirah Nabawiah sebagai panduan dalam beberapa bentuk kerjasama dengan pihak lain, sama ada mengambil pendekatan yang dinamakan himayah (perlindungan), tahaluf (persefahaman), ta‘awun (tolong-menolong) atau lain-lain bentuk kerjasama,” jelasnya.

Advertisements

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, parti itu bagaimanapun bersikap anjal dalam beberapa tindakan dan pendekatan, mengikut realiti dan situasi yang sentiasa berubah dan berbeza-beza.

“Kini, PAS bekerjasama dengan Bersatu iaitu parti pecahan Umno. Pada awalnya, Umno juga bersama dalam kerjasama ini atas nama perpaduan umat Islam dan masyarakat majmuk melalui Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN).

“Akan tetapi, Umno dikuasai oleh sebahagian pihak mahukan PAS hanya bersama Umno sahaja (MN). Maka, PAS terus mempertahankan gagasan PN dan berjaya, serta mampu bertahan sehingga kini,” ujarnya lagi.

Selain itu, Hadi berkata, DAP memulakan label ‘gelombang hijau’ terhadap kejayaan PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.

“DAP secara terbuka mencabar Islam, merendahkannya dan mempertikaikan hak istimewa bumiputera yang meminggirkan bahasa kebangsaan.

“Kemudian, mereka berlagak kononnya mereka ditindas oleh sifat perkauman Melayu, laksana mendapat betis mahukan paha, setelah mereka diberikan hak kebebasan beragama, berbahasa dan berbudaya yang tidak diberikan oleh negara lain selain daripada Malaysia.

“Mereka menjaja Islamofobia dan menjadikan kemajuan PASdalam PRU-15 dengan jenama Gelombang Hijau yang menjadi ancaman kepada masyarakat bukan Islam,” jelasnya lagi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan