30.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 4, 2024

Malaysia kutuk sekeras-kerasnya serangan Israel

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara yang dilakukan rejim Israel ke atas bangunan kediaman dan kawasan lain di Gaza sejak 9 Mei lalu, yang sudah meragut sekurang-kurangnya 27 nyawa rakyat Palestin dan mencederakan lebih 70 orang awam.

Kementerian Luar Negeri dalam kenyataan berkata, serangan terbaru oleh rejim Israel itu, satu lagi sikap tidak acuh dan tidak menghormati hak asasi manusia antarabangsa serta undang-undang kemanusiaan.

“Masyarakat antarabangsa perlu bertindak serentak untuk menamatkan penganiayaan selama beberapa dekad terhadap rakyat Palestin,” katanya.

Justeru, Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa mengecam dengan tegas tindakan rejim Israel kerana berterusan melakukan penindasan tidak berperikemanusiaan dan jenayah apartheid yang mengerikan terhadap rakyat Palestin.

Advertisements

Menurut kenyataan itu, Malaysia turut menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk mendesak Israel bertanggungjawab atas semua pelanggaran dan kekejamannya.

“Malaysia berpegang teguh dengan pendirian rakyat Palestin berhak memiliki negara mereka sendiri yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara,” katanya.

Terdahulu media melaporkan, tiga komander kanan tentera kumpulan Islamic Jihad, isteri dan anak mereka antara yang terkorban dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza, sejak Selasa. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bahasa kebangsaan identiti negara yang tidak wajar dipersoal

Oleh PROF MADYA DR SALINAH JAAFAR BAHASA Melayu atau bahasa Malaysia merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini.  Sewajarnyalah penggunaan...

Lagi Artikel Berkaitan