30.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Tun M tidak lagi bersama GTA

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengesahkan beliau tidak lagi bersama Gerakan Tanah Air (GTA) dan telah melepaskan semua jawatan yang disandangnya dalam gabungan parti tersebut.

Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, beliau melihat GTA sebagai parti yang kurang relevan bagi membantunya memenangi mana-mana pilihan raya.

“(Jawatan Pengerusi GTA) yang itu (telah) lama. (Saya kini) tidak ada (sebarang jawatan), GTA tidak jadi dan tidak membantu kita (dalam memenangi pilihan raya), kerana ia (sekadar) parti.

“Kita dapati kalau (bertanding) sebagai parti, kita tidak boleh menang, kita sudah lawan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), GTA dan Pejuang (Tanah Air) kalah 125 kerusi.

Advertisements

“GTA kita tidak (dapat) register (sebelum ini), GTA (kini) tidak berfungsi dan tidak bergerak, (saya kini tidak bersama mereka),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Pertubuhan Prihatin Kubang Pasu di Kampung Naga, Kepala Batas, Pulau Pinang malam tadi.

GTA merupakan pakatan empat parti politik yang terdiri daripada Pejuang, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman) dan gabungan pertubuhan bukan kerajaan yang membentuk Gagasan Bangsa (GB).

Pada PRU15 lalu, calon GTA bertanding menggunakan logo Pejuang kecuali di Kelantan yang menggunakan logo Putra. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan