26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

UEL: Jaringan tunggal Bove pemisah Roma-Leverkusen

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

GOL tunggal pemain muda berusia 20 tahun, Edoardo Bove membantu AS Roma menundukkan Bayer Leverkusen 1-0 dalam aksi separuh akhir pertama Liga Europa (UEL) di Stadium Olimpico, awal pagi tadi.

Pertembungan bekas ketua jurulatih,Jose Mourinho dan bekas pemainnya yang kini pengendali Leverkusen, Xabi Alonso itu menyaksikan perlawanan didominasi pelawat dengan 62 peratus penguasaan bola.

Namun, Roma lebih bijak menggunakan kesempatan yang ada apabila mendahului pada minit ke-63 menerusi jaringan produk akademik kelab itu, Bovo.

Penjaga gol Leverkusen, Lukas Hradecky menghalang percubaan Tammy Abraham namun Bove tampil menerusi penyudah kemas untuk meletakkan Roma di depan.

Advertisements

Pelawat hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-87 namun percubaan Jeremie Frimpong dihalang di atas garisan gol.

Roma kini memburu kejuaraan Eropah kali kedua berturut-turut selepas menang trofi Liga Konferensi Europa musim lalu dan akan bertandang ke Leverkusen minggu depan untuk aksi separuh akhir kedua.

Pemenang akan bertemu antara Juventus dan Sevilla dalam aksi final yang akan berlangsung 1 Jun depan di Stadium Puskas Arena, Hungary. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan