33.6 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

UEL: Liverpool belasah Toulouse 5-1

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

LIVERPOOL merekodkan kemenangan ketiga berturut-turut dalam saingan Liga Europa (UEL) apabila membelasah wakil Perancis, Toulouse, 5-1, di Anfield, awal pagi tadi.

Diogo Jota membuka tirai jaringan buat The Reds pada minit ke sembilan menerusi larian menakjubkan sebelum disamakan pelawat lima minit kemudian menerusi Thijs Dallinga.

Wataru Endo meledak gol kedua Liverpool pada minit ke-30, yang juga merupakan gol pertama pemain tengah Jepun itu sejak berhijrah ke Anfield pada musim panas lalu.

Penyerang Uruguay, Darwin Nunez memastikan kelab Merseyside itu selepas dua gol di depan ketika menuju bilik persalinan untuk menjadikan kedudukan 3-1.

Advertisements

Ryan Gravenberch menambah gol keempat pada minit ke-65 sebelum Mohamed Salah, melengkapkan kemenangan besar Liverpool pada waktu kecederaan.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berkata, beliau sangat berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan anak buahnya di sepanjang perlawanan.

“Keputusan yang baik, persembahan dan terutamanya prestasi individu yang cukup bagus untuk mereka. Selain gol yang kami lepaskan dan peluang Trent Alexander-Arnold yang diselamatkan, semuanya telah dijangka.

“Gol-gol yang kami jaringkan cukup cantik. Apa yang boleh saya katakan gol dijaringkan oleh pemain yang sepatutnya. Jadi, tiada rungutan mengenainya,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia negara pertama terima visa haji – Mohd Na’im

MALAYSIA menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024 ini. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan