32.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 18, 2024

Salah gesa bantuan kemanusiaan dihantar segera ke Gaza

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENYERANG Liverpool, Mohamed Salah menggesa pemimpin dunia supaya bersatu bagi membantu menyalurkan segera bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Salah menerusi video di platoform media sosial X berkata, pemimpin dunia juga diseru memainkan peranan dalam menghentikan pergolakan di sana bagi mengelakkan lebih banyak nyawa terkorban.

“Di sana berlakunya banyak keganasan dan kekejaman. Semua nyawa yang tidak berdosa perlu dilindungi dan pembunuhan secara beramai-ramai ini perlu dihentikan, ahli keluarga juga terpisah.

“Apa yang jelas sekarang adalah bantuan kemanusiaan mesti dibenarkan dibawa masuk ke sana segera. Penduduk di sana berada dalam keadaan yang sangat teruk.

Advertisements
Mohamed Salah bercakap menerusi video yang disiarkan di platform X, hari ini. – Edisi9

“Insiden serangan di hospital sangat mengerikan. Penduduk memerlukan makanan, air dan bantuan perubatan segera. Saya menyeru pemimpin-pemimpin dunia bersama-sama dan menangani isu ini,” katanya hari ini.

Penyerang kebangsaan Mesir itu bersama pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) yang lain akan memakai lilitan lengan berwarna hitam dalam aksi liga minggu ini sebagai tanda hormat kepada kehilangan nyawa yang tidak berdosa dalam konflik Palestin-Israel.

Bantuan kemanusiaan sebelum ini dihalang daripada menyeberang masuk ke Gaza melalui sempadan Mesir.

Namun, dalam perkembangan terbaharu, Presiden Mesir dilapor telah bersetuju membuka laluan sempadan Gaza bagi membolehkan 20 trak dengan bekalan bantuan kemanusiaan masuk ke Palestin. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Basikal lebuh raya nasional jalani ujian aerodinamik di UK

BASIKAL lebuh raya (road bike) nasional pertama yang dibangunkan Bozetta Bike Malaysia Sdn Bhd, Bozetta FZ8 telah dihantar ke...

Lagi Artikel Berkaitan