32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

PN tidak letak calon dalam PRK DUN Jepak – Hamzah

Mesti Baca

PERIKATAN Nasional (PN) memutuskan tidak meletakkan calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, Sarawak.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, keputusan itu dibuat bagi memberi tumpuan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kemaman dalam PRK pada 2 Disember ini.

“Komponen-komponen parti dalam PN juga sedang sibuk menguruskan mesyuarat agung tahunan parti di peringkat cawangan, bahagian dan nasional,” katanya dalam satu kenyataan.

Kerusi DUN Jepak kosong berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu, Datuk Dr Talib Zulpilip pada 15 September lalu akibat komplikasi buah pinggang dan beberapa penyakit lain.

Advertisements

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan Sabtu ini sebagai hari penamaan calon untuk PRK itu, dengan 31 Oktober untuk pengundian awal dan 4 November sebagai hari pengundian.

Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada 2021, Talib daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) menang dengan majoriti 4,243 undi menewaskan tiga calon lain.

Talib memperoleh 6,277 undi menewaskan Dr Raba’ah Tudin daripada Parti Sarawak Bersatu (PSB) yang mendapat 2,034 undi, Stevenson Anak Joseph (Parti Bumi Kenyalang – 587) dan Tuah Kazan (Bebas) dengan 141 undi.

PRK Parlimen Kemaman pula akan diadakan pada 2 Disember dengan penamaan calon ditetapkan pada 18 November. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kilang proses ‘e-waste’ didalangi warga asing diserbu, 33 ditahan

SEBUAH kilang memproses sisa elektronik atau e-waste yang didalangi warga asing diserbu oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam satu...

Lagi Artikel Berkaitan