25.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

PN tidak serius runding peruntukan ahli Parlimen

Mesti Baca

PERIKATAN Nasional (PN) yang dilihat tidak serius dalam rundingan peruntukan menjadi punca empat Ahli Parlimen Bersatu bertindak menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Pemuda Amanah Terengganu, Muammar Qaddafi Mohd Nasir berkata, tindakan itu menggambarkan tiada kesungguhan serta kurangnya komitmen pimpinan gabungan parti politik itu dalam menangani isu-isu ahli Parlimen untuk berkhidmat dengan lebih berkesan.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berulang kali mengulangi komitmen beliau untuk memberi peruntukan yang adil kepada semua ahli Parlimen termasuk dalam kalangan PN dan meminta perundingan dilakukan di antara wakil PN dan wakil Kerajaan Perpaduan.

“Rundingan dan perjanjian persefahaman antara kerajaan dan parti pembangkang bukan perkara baharu dan pernah dilaksana pada 2021 ketika PN memerintah.

“Pakatan Harapan (PH) ketika itu sudi mengetepikan soal politik dan menandatangani satu perjanjian dengan pihak kerajaan supaya ahli Parlimen mereka dapat menjalankan khidmat dengan baik untuk rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, Pemuda Amanah Terengganu menzahirkan rasa kesal dan menyeru agar pimpinan PN lebih serius dalam soal perundingan dan kebajikan rakyat.

Advertisements

“Apa alasan pemimpin PN tidak menyambut seruan baik Perdana Menteri untuk berunding dengan kepentingan rakyat.

“Seharusnya mereka perlu segera menjayakan rundingan dan tidak lagi bermain politik yang boleh merugikan rakyat.

“Tidak rugi jika PN berunding dan jika perlu menandatangani sebarang perjanjian bersama kerajaan melainkan ada usaha atau cita-cita peribadi pemimpin PN yang mungkin terhalang jika sebarang MoU ditandatangan,” katanya.

Terdahulu dua Ahli Parlimen Bersatu dari Kelantan Datuk Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Zahari Kechik mengisytiharkan menyokong kepimpinan Anwar namun tetap akan taat, setia serta kekal sebagai ahli Bersatu.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid memulakan tindakan itu pada 12 Oktober disusuli Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman, dua minggu kemudian. -Edisi 9

 

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan