32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 7, 2024

Bantu pengguna berjimat, MR D.I.Y. adakan Jualan Akhir Tahun

Mesti Baca

PERUNCIT perkakas rumah kegemaran Malaysia, Kumpulan MR D.I.Y. (M) Berhad (MR D.I.Y) menawarkan diskaun sehingga 30 peratus menerusi inisiatif ‘Jualan Akhir Tahun’ bagi membantu pengguna berjimat dan mendapat nilai terhebat.

Ketua Pemasaran MR D.I.Y., Alex Goh berkata, sebanyak 150 produk meliputi pelbagai keperluan harian diberikan potongan harga di bawah kempen itu yang berlangsung sepanjang bulan ini.

Katanya, diskaun yang ditawarkan mengambil kira ketibaan musim akhir tahun yang lazimnya akan mendorong pengguna membeli-belah untuk pergi bercuti.

“Akhir tahun adalah musim untuk membawa kemeriahan, meraikan pencapaian dan meluangkan masa bersama orang tersayang semasa cuti.

“Di MR D.I.Y. kami berhasrat untuk membawa kegembiraan kepada setiap rakyat Malaysia pada akhir tahun ini melalui jualan akhir tahun kami.

“Sambil memastikan ada sesuatu untuk semua dan mereka boleh mendapatkan apa yang mereka perlukan pada ‘Always Low Prices’,” katanya dalam satu kenyataan.

Alex berkata, inisiatif itu juga adalah salah satu cara pihaknya meningkatkan pengalaman membeli-belah pelanggan di samping menawarkan penjimatan yang tiada tandingan kepada mereka.

Advertisements

“Semua tawaran yang dibuat tentang menyediakan nilai untuk rakyat Malaysia,” katanya.

Katanya, produk yang diberi diskaun termasuklah perkakasan seperti kasut keselamatan, playar dan pistol gam panas serta keperluan rumah.

Keperluan rumah terbabit antaranya adalah alat pembersihan, sabun pencuci, penyembur serangga, botol air, tisu, kain lap basah, beg sampah, pengering pinggan mangkuk, sarung tangan pakai buang, kerajang aluminium, pencuci badan dan deodoran.

“Selain itu ia turut merangkumi barangan elektrik seperti bateri, pengecas bateri, cerek elektrik, pengering rambut dan pembersih vakum, serta soket elektrik.

“Peralatan sukan juga diberikan potongan harga ini termasuk tali lompat, set badminton, bulu tangkis, pakaian renang kanak-kanak, kolam renang dan produk makanan dan minuman (F&B) seperti snek, mi segera dan minuman,” katanya.

Untuk maklumat lanjut tentang ‘Jualan Akhir Tahun MR D.I.Y.’ dan senarai penuh produk diskaun, orang ramai boleh layari https://www.mrdiy.com/promotion/mrdiy-year-end-sale-2023 atau laman web MR D.I.Y., mrdiy.com; platform e-dagang, mrdiy.com.my dan saluran media sosial Facebook, Instagram dan TikToknya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

SME Corp, Monsha’at Arab Saudi jalin kerjasama, kongsi maklumat

SME Corp. Malaysia menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Pihak Berkuasa Am Perusahaan Kecil dan Sederhana (Monsha'at) Arab Saudi bagi...

Lagi Artikel Berkaitan