32.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Pekerja pakaian Bangladesh berprotes, tuntut kenaikan gaji

Mesti Baca

RATUSAN pekerja pakaian di Bangladesh bertempur dengan pihak polis menjelang pengumuman gaji minimum baharu untuk berjuta-juta pekerja pakaian.

Perkara itu memaksa penutupan hampir 40 kilang eksport pakaian kedua terbesar di dunia itu.

Menurut saksi, penunjuk perasaan yang menuntut kenaikan gaji hampir tiga kali ganda kepada kerajaan bertindak membaling batu ke arah anggota polis dan merosakkan beberapa kilang di hab pakaian Gazipur.

Menurut pegawai polis, Imran Ahmed, pihaknya berjaya mengawal keadaan.

“Pihak berkuasa sudah mengerahkan polis tambahan dan tentera di Gazipur dan kawasan perindustrian Ashulia,” katanya.

Advertisements

Industri pakaian adalah tunjang utama ekonomi Bangladesh dengan menyumbang sebanyak 16 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Terdahulu, kerajaan Bangladesh mengumumkan gaji bulanan minimum akan meningkat sebanyak 56.25 peratus kepada 12,500 taka (AS$114) mulai 1 Disember iaitu kenaikan pertama dalam tempoh lima tahun.

“Harga melambung tinggi. Kami hanya menuntut gaji yang berpatutan. Kami tidak akan kembali bekerja sehingga tuntutan kami dipenuhi,” kata salah seorang penunjuk perasaan.

Sementara itu, seorang wanita terbunuh ketika polis menggunakan gas pemedih mata dan peluru getah bagi menyuraikan protes yang dilakukan oleh penunjuk perasan.

Kadar gaji rendah telah mendorong Bangladesh untuk meningkatkan industri pakaiannya dengan kira-kira 4,000 kilang menggaji seramai 4 juta pekerja yang membekalkan jenama global seperti H&M dan Gap. -Agensi

Advertisements

Terkini

Sindiket seludup PATI Bangladesh tumpas, lapan ditahan

JABATAN Imgresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan manusia dan menahan lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan...

Lagi Artikel Berkaitan