25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Onana tidak kisah emoji ‘gorila’ ditujukan Garnacho

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENJAGA gol Manchester United, Andre Onana mempertahankan tindakan rakan sepasukannya, Alejandro Garnacho yang melakukan hantaran yang berbaur rasis dengan emoji gorila terhadapnya di platform X, semalam.

Onana menerusi Instagram story berkata, dia memahami apa yang cuba disampaikan pemain sayap Argentina itu dan tidak langsung terasa hati dengan hantaran tersebut.

“Orang ramai tidak boleh pilih apa yang membuatkan saya tersinggung. Saya tahu apa sebenarnya yang dimaksudkan Garnacho, kuasa dna kekuatan.

“Hal ini sepatutnya tidak diperbesarkan,” kata Onana dengan meletakkan bersama gambar Garnacho bersama pemain lain meraikan kejayaan penjaga gol United itu menyelamatkan sepakan penalti pada aksi menentang FC Copenhagen, awal pagi semalam.

Garnacho dikritik hebat di media sosial susulan tindakannya berkongsikan gambar Onana dengan kapsyen emoji dua gorila dalam hantarannya.

Advertisements

Bagaimanapun, pemain muda itu kemudiannya memadam hantaran tersebut hanya 15 minit selepas itu.

Susulan itu, Persatuan Bola Sepak (FA) Inggeris dilapor telah memulakan siasatan berhubung hantaran tersebut di bawah Peraturan E3(1).

FA Inggeris sebelum ini pernah menggantung pemain Manchester City, Bernardo Silva untuk satu perlawanan dan denda RM289,620 kerana melakukan hantaran kartun berwarna hitam yang menggambarkan rakan sepasukan, Benjamin Mendy.

Malah, bekas penyerang United, Edinson Cavani turut didenda RM579,230 dan digantung tiga perlawanan kerana merujuk seorang rakannya di Uruguay sebagai ‘negrito’. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan